AGENDA

Gombak, Kuala Selangor antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam

19 Apr 2025, 12:06 PM
Gombak, Kuala Selangor antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 19 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 9 malam.

Agensi itu memaklumkan cuaca sama juga dijangka berlaku di Kuala Lumpur, seluruh Perlis dan Melaka selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.