ad
EXCO

EXCO: Jelajah Impian Anak-Anak Harapan bentuk daya tahan pemikiran belia

19 Apr 2025, 7:36 AM
EXCO: Jelajah Impian Anak-Anak Harapan bentuk daya tahan pemikiran belia
EXCO: Jelajah Impian Anak-Anak Harapan bentuk daya tahan pemikiran belia
EXCO: Jelajah Impian Anak-Anak Harapan bentuk daya tahan pemikiran belia
EXCO: Jelajah Impian Anak-Anak Harapan bentuk daya tahan pemikiran belia
EXCO: Jelajah Impian Anak-Anak Harapan bentuk daya tahan pemikiran belia
EXCO: Jelajah Impian Anak-Anak Harapan bentuk daya tahan pemikiran belia

SHAH ALAM, 19 APRIL: Penganjuran program Jelajah Impian Anak-Anak Harapan diyakini membantu membangunkan daya tahan pemikiran golongan muda, kata EXCO belia.

Mohd Najwan Halimi menambah, inisiatif pelajar Pembangunan Masyarakat Universiti Utara Malaysia (UUM) itu juga dapat memajukan lagi sektor pelancongan negeri.

[caption id="attachment_697490" align="aligncenter" width="745"] EXCO Belia Mohd Najwan Halimi berucap berucap ketika program Jelajah Impian Anak-Anak Harapan bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) di Zipline Taman Tasik Shah Alam pada 19 April 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kerajaan Negeri menyambut baik usaha ini yang melibatkan pelbagai peringkat masyarakat kerana ia beri ruang kepada anak muda bukan sahaja kecergasan tetapi tajam pemikiran strategi dalam buat keputusan.

“Mereka akan bergerak sebagai satu pasukan jadi dapat didik dan bangunkan daya tahan pemikiran selain mempersiap diri untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi,” katanya pada perasmian program berkenaan di Taman Tasik Shah Alam di sini hari ini.

[caption id="attachment_697488" align="aligncenter" width="815"] Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat KDEB Waste Management melakukan gimik pelepasan peserta program Jelajah Impian Anak-Anak Harapan bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) di Zipline Taman Tasik Shah Alam pada 19 April 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Terdahulu, program yang mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam, Media Selangor Sdn Bhd, KDEB Waste Management dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI disertai 84 individu daripada penghuni Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras dan pelajar Tahfiz Mutqan, Taman Sri Muda.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pendidikan UUM Prof Madya Dr Mardzelah Makhsin berkata pelaksanaan program tersebut bertujuan memberi pendedahan kemahiran sosial secara fizikal kepada anak muda.

[caption id="attachment_697487" align="aligncenter" width="709"] Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Mardzelah Makhsin

[/caption]

“Generasi kini banyak terdedah dengan penggunaan gajet yang memberi kesan kepada kemahiran sosial secara fizikal terutama dalam menyelesaikan masalah kemasyarakatan.

“Kita berharap dengan penglibatan UUM dan komuniti ini dapat membantu beri pendedahan kepimpinan dan berkomunikasi,” katanya.

[caption id="attachment_697486" align="aligncenter" width="808"] Peserta melakukan aktiviti berkumpulan ketika program Jelajah Impian Anak-Anak Harapan bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) di Zipline Taman Tasik Shah Alam pada 19 April 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_697491" align="aligncenter" width="785"] Peserta melakukan aktiviti berkumpulan ketika program Jelajah Impian Anak-Anak Harapan bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) di Zipline Taman Tasik Shah Alam pada 19 April 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.