ad
AGENSI

Tragedi Putra Heights: Suami isteri bakal miliki rumah selepas empat tahun berkahwin

16 Apr 2025, 6:38 AM
Tragedi Putra Heights: Suami isteri bakal miliki rumah selepas empat tahun berkahwin
Tragedi Putra Heights: Suami isteri bakal miliki rumah selepas empat tahun berkahwin
Tragedi Putra Heights: Suami isteri bakal miliki rumah selepas empat tahun berkahwin
Tragedi Putra Heights: Suami isteri bakal miliki rumah selepas empat tahun berkahwin
Tragedi Putra Heights: Suami isteri bakal miliki rumah selepas empat tahun berkahwin

SEPANG, 16 APRIL: Insiden letupan gas di Putra Heights 1 April lalu membuka lembaran baharu buat suami isteri yang akhirnya dapat mendiami rumah sendiri menerusi skim Smart Sewa di Pangsapuri Seri Suria, Kota Warisan, di sini.

Pemandu teksi, Muhammad Ridzuwan Salehhudin, 33, berkata sejak berkahwin empat tahun lalu, beliau dan isteri, Farihatul Syazween Azrim, 26, mendiami rumah bapa mentua di Kampung Tengah, Puchong yang rosak dalam kejadian itu.

“Alhamdulillah saya bersyukur dapat bantuan rumah. Rumah masih boleh diduduki. Tapi sekarang ini nak duduk dekat rumah itu pun polis nyatakan 50-50 (dari segi keselamatan) sebab risiko dengan cermin semua tiada.

[caption id="attachment_696950" align="aligncenter" width="1014"] Muhammad Ridzuwan Salehhudin, 33, dan isteri, Farihatul Syazween Azrim, 26, menerima kunci rumah menerusi skim Smart Sewa daripada EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah di Pangsapuri Seri Suria, Kota Warisan, Sepang pada 16 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Saya anggap ini permulaan baharu untuk ada rumah sendiri. Sebelum ini menumpang rumah bapa mentua. Kemungkinan akan teruskan sewaan selepas tempoh enam bulan (jika layak). Puas hati sebab rumah ini, kalau nak ikutkan nak cari rumah dengan harga begini susah sekarang. Bersyukur sangat.

“Kami juga memang dalam perancangan untuk beli rumah, jadi akan cuba mohon menerusi skim ini. Ini ibarat lembaran baharu selepas tragedi dan rezeki terpijak untuk kami,” katanya ditemui hari ini.

Beliau antara mangsa kejadian kebakaran gas di Putra Heights yang menerima kunci rumah menerusi skim Smart Sewa ditawarkan Kerajaan Negeri dengan majlis penyerahan disempurnakan EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah.

Sementara itu, kontraktor Abu Samah Rahmat, 58, berkata beliau memohon menyewa rumah di situ memandangkan lebih dekat dengan tempat kerjanya di Bangi.

“Rumah saya di Kampung Tengah rosak dalam kejadian itu. Jadi saya mohon dan kawasan ini pun lebih dekat dengan tempat kerja saya di Bangi.

“Rumah saya kira-kira 150 meter dari tempat kejadian dan jika mengikut taksiran kerugian dianggarkan RM30,000. Saya akan duduk di sini bersama anak-anak, mungkin dalam tempoh enam bulan itu,” katanya.

[caption id="attachment_696956" align="alignleft" width="500"] Abu Samah Rahmat, 58, bercakap kepada media selepas menerima kunci rumah menerusi skim Smart Sewa daripada EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah di Pangsapuri Seri Suria, Kota Warisan, Sepang pada 16 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan Kerajaan Negeri menawarkan 100 unit rumah Smart Sewa di Sepang yang sebahagiannya dibiayai Kerajaan Selangor.

Selain itu, keluarga yang terjejas juga akan diberi bantuan sewaan untuk tempoh enam bulan dengan kadar RM2,000 sebulan bagi setiap rumah.

Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kementeriannya melaksanakan tiga fasa utama bagi memulihkan kawasan terjejas kebakaran itu yang kini memasuki fasa pemulihan.

Menurutnya, fasa pertama adalah kerja penyelamatan telah selesai, fasa kedua melibatkan pemulihan dan fasa ketiga dianggap peringkat paling sukar iaitu pembinaan susulan terdapat 219 rumah terjejas dengan 81 daripadanya musnah sepenuhnya dan memerlukan pembaikan segera.

Insiden kebakaran besar yang berlaku pada 8.10 pagi itu meninggalkan kesan ketara dengan membentuk sebuah kawah sedalam 32 kaki melibatkan keluasan kira-kira 70×80 kaki.

Selain mengakibatkan api menjulang tinggi, kebakaran itu menghasilkan bahang panas yang memusnahkan deretan kediaman serta harta benda termasuk kenderaan dalam radius 500m dari lokasi kejadian.

[caption id="attachment_696957" align="aligncenter" width="1089"] Pangsapuri Seri Suria, Kota Warisan, Sepang Selangor antara kediaman ditawarkan Kerajaan Negeri kepada mangsa insiden letupan gas Putra Heights pada 16 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_696965" align="aligncenter" width="1312"] EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah bersama Abu Samah Rahmat, 58, meninjau Pangsapuri Seri Suria, Kota Warisan, Sepang Selangor pada 16 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.