AGENDA

Amaran hujan lebat di KL, hampir seluruh daerah di Selangor hingga 7 malam

15 Apr 2025, 9:17 AM
Amaran hujan lebat di KL, hampir seluruh daerah di Selangor hingga 7 malam
Amaran hujan lebat di KL, hampir seluruh daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 15 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat melanda hampir seluruh daerah di Selangor hingga 7 malam.

Agensi itu memaklumkan daerah terlibat ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Menurut MetMalaysia di Facebook, cuaca sama diramal berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka selain beberapa di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_696828" align="aligncenter" width="663"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.