ad
AGENDA

Penghormatan akhir buat Allahyarham Tun Abdullah bermula 10 pagi ini

15 Apr 2025, 2:25 AM
Penghormatan akhir buat Allahyarham Tun Abdullah bermula 10 pagi ini
Penghormatan akhir buat Allahyarham Tun Abdullah bermula 10 pagi ini
Penghormatan akhir buat Allahyarham Tun Abdullah bermula 10 pagi ini

KUALA LUMPUR, 15 APRIL: Orang ramai yang berhasrat hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi boleh berbuat demikian bermula jam 10 pagi di Dewan Solat Utama, Masjid Negara di sini hari ini.

yang juga menantu negarawan itu memaklumkan perkara itu pada sidang media di sini sebentar tadi.

“Alhamdulillah jenazah Tun Abdullah Ahmad Badawi selamat dibawa ke Masjid Negara pada pagi tadi. Selepas itu jenazah dimandi dan dikafan oleh pihak Masjid Negara dan dibantu oleh ahli keluarga.

[caption id="attachment_696757" align="alignleft" width="482"] Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika ditemui di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 15 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Oleh kerana pihak Masjid Negara dan keluarga sudah bersedia, mereka yang ingin datang memberi penghormatan terakhir boleh datang bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari,” katanya ditemui hari ini.

Terdahulu jenazah Allahyarham tiba di Masjid Negara di sini jam 8.22 pagi untuk pengurusan jenazah dan dibawa masuk ke Dewan Solat Utama jam 8.37 pagi diiringi ahli keluarga terdekat.

Kerajaan semalam memutuskan supaya jenazah perdana menteri kelima itu diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara, hari ini.

Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM) jenazah negarawan itu akan dibawa ke Masjid Negara, di sini, pada jam 8 pagi bagi pengurusan jenazah.

Penghormatan terakhir akan diadakan di Dewan Solat Utama Masjid Negara bermula dan jenazah akan disembahyangkan selepas solat zuhur di Masjid Negara, dan seterusnya dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Tun Abdullah yang juga mesra dengan panggilan 'Pak Lah', disahkan meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, jam 7.10 malam, semalam.

[caption id="attachment_696758" align="alignright" width="467"] Jenazah Perdana Menteri ke-5 Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dibawa masuk ke dewan solat utama Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 15 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan, Abdullah ialah pelopor dan pengasas kepada satu konsep baharu dalam pembangunan negara berasaskan kekuatan pembangunan modal insan.

Allahyarham memperkenalkan Islam Hadhari yang memfokus kepada peningkatan pembangunan serta kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan, dengan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang dan pembangunan modal insan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.