ad
AGENSI

1,104 mangsa banjir ditempatkan di enam PPS takat pagi ini

12 Apr 2025, 1:41 AM
1,104 mangsa banjir ditempatkan di enam PPS takat pagi ini
1,104 mangsa banjir ditempatkan di enam PPS takat pagi ini
1,104 mangsa banjir ditempatkan di enam PPS takat pagi ini

SHAH ALAM, 12 APRIL: Seramai 1,104 mangsa banjir membabitkan 300 keluarga berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Shah Alam, Klang dan Subang Jaya sehingga jam 9.15 pagi ini.

Menurut portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah berkenaan meliputi 653 mangsa di tiga PPS daerah Shah Alam dan 383 mangsa di dua PPS daerah Klang.

“Manakala di daerah Subang Jaya sebuah PPS dibuka menempatkan 68 mangsa.

“Jumlah ini membabitkan 715 orang dewasa lelaki dan wanita, selebihnya kanak-kanak serta bayi,” katanya.

Terdahulu, EXCO Pengurusan Bencana Mohd Najwan Halimi memaklumkan PPS dibuka di Dewan Kenanga, Seksyen 28 MBSA dan Sekolah Kebangsaan Seksyen 16 di daerah Shah Alam selain Dewan Camelia, Putra Height bagi daerah Subang Jaya.

Bagi daerah Klang, tiga PPS dibuka adalah Sekolah Kebangsaan Sg Binjai, Dewan Azalea, Taman Seri Muda dan Dewan Bunga Bakawali Seksyen 35.

Hujan lebat awal pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di Shah Alam termasuk jalan utama di hadapan gudang HL, Seksyen 23, Sri Muda dilanda banjir kilat.

Selain Shah Alam, beberapa kawasan di Klang, Puchong dan Hulu Langat turut dilanda banjir kilat.

[caption id="attachment_696250" align="aligncenter" width="1072"] Anggota PANTAS MBSA membantu memindahkan penduduk di Jalan Mantap 25/126, Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam ke lokasi selamat susulan banjir pada 11 April 2025. Foto Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam[/caption]

[caption id="attachment_696091" align="aligncenter" width="1123"] Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir kilat di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang pada 11 April 2025. Foto Ihsan Bomba[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.