SUBANG JAYA, 11 APRIL: Operasi Mega Pembersihan yang berlangsung hujung minggu ini dijangka menyelesaikan hampir keseluruhan isu kebersihan di lokasi kebakaran paip gas Putra Heights.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dianggarkan seramai 1,402 sukarelawan terlibat dalam operasi yang akan dikelola Majlis Bandaraya Subang Jaya.
“Kita akan cuba bersihkan isu sampah termasuk di kampung terlibat. Sebelum ini kita jalankan pembersihan di Taman Putra Harmoni, tetapi baru beberapa hari ini kita dibenarkan masuk ke kampung.
“Saya percaya dlm tempoh dua hari ini kita boleh selesaikan 90 peratus isu kebersihan termasuk sisa kebakaran yang perlu diuruskan. Setakat semalam lebih 100 tan berjaya dikeluarkan,” katanya pada sidang media.
Terdahulu beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan wang tunai kepada 265 pelajar terjejas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights di sini, hari ini.
[caption id="attachment_696196" align="aligncenter" width="804"]
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada mahasiswa yang terlibat dalam insiden kebakaran letupan saluran paip gas dalam Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan Tragedi Putra Height di Pusat Pemindahan Sementera (PPS) Masjid Putra Height, Subang Jaya pada 11 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengadakan mesyuarat terakhir hari ini disusuli jawatankuasa pemulihan yang akan memulakan mesyuarat Isnin ini.
Jelasnya, pentadbiran negeri juga tidak berhasrat mengadakan sidang media secara harian mulai esok sebaliknya diadakan secara berkala mengikut kesesuaian.
“Hari ini mesyuarat kali ke-9 iaitu mesyuarat terakhir. Selepas ini jawatankuasa yang mesyuarat mulai Isnin adalah jawatankuasa pemulihan
“Jawatankuasa bencana yang tinggal dan aktif adalah bahagian siasatan yang diketuai ketua polis negeri untuk meneliti siasatan lanjut kes,” katanya.
[caption id="attachment_696195" align="aligncenter" width="989"]
Pelajar yang terlibat dalam insiden kebakaran letupan saluran paip gas menebus wang tunai dan kamputer riba yang disumbangkan kerajaan negeri dalam Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan Tragedi Putra Height di Pusat Pemindahan Sementera (PPS) Masjid Putra Height, Subang Jaya pada 11 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]


