ad
AGENDA

Kebakaran paip gas: PPS Camelia ditutup, agihan sumbangan selesai minggu ini

9 Apr 2025, 12:30 PM
Kebakaran paip gas: PPS Camelia ditutup, agihan sumbangan selesai minggu ini

SHAH ALAM, 9 APRIL: Pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Camelia di Putra Heights ditutup malam ini manakala penutupan PPS Masjid Putra Heights dijangka hujung minggu ini atau selewatnya Isnin depan.

Selain itu, Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata agihan sumbangan kepada semua 469 mangsa Putra Heights yang mula diagih Isnin akan selesai dalam minggu ini.

Berikut antara rangkuman laporan berita pada Rabu:

1. Motosikal mangsa yang musnah akibat kebakaran paip gas diganti baharu

Sumbangan motosikal secara percuma kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights sedikit sebanyak meringankan beban mereka selepas kenderaan musnah dalam kejadian tersebut. https://selangorkini.my/2025/04/kebakaran-paip-gas-mangsa-syukur-motosikal-musnah-diganti-baharu/

2. Masjid bukan sekadar untuk ibadah tetapi pusat perlindungaan golongan ditimpa musibah

Pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights bertepatan dengan peranan rumah ibadat umat Islam itu sebagai pusat aktiviti dan tempat perlindungan golongan ditimpa musibah. https://selangorkini.my/2025/04/masjid-institusi-penting-masyarakat-tempat-aktiviti-lindung-golongan-ditimpa-musibah/

3. Kerja stabil tanah lokasi kebakaran dijangka siaap hari ini

Usaha mengenal pasti punca kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya diteruskan hari ini dengan kerja-kerja menstabilkan tanah di lokasi utama kejadian melalui pemasangan pancang. https://selangorkini.my/2025/04/usaha-stabil-tanah-lokasi-kebakaran-paip-gas-dijangka-selesai-petang-ini/

4. Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dengan kerjasama KDEB Waste Management (KDEBWM) menyediakan 11 tong Roll-On Roll-Off (roro).

Penyediaan tong roro bagi memudahkan dan membantu penduduk yang terjejas dengan insiden letupan paip gas baru-baru ini untuk menguruskan sisa berskala besar secara berperingkat. https://selangorkini.my/2025/04/mbsj-kdebwm-sedia-11-tong-roro-di-putra-heights-mudahkan-penduduk-urus-sisa/

5. Kerajaan Pusat salur peruntukan bencana RM14.7 kepada Kerajaan Selangor tahun ini.

Bantuan itu merangkumi wang tunai kepada ketua isi rumah mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights. https://selangorkini.my/2025/04/kerajaan-persekutuan-salur-rm14-7-juta-kepada-selangor-peruntukan-bantuan-bencana/

6. Daikin Malaysia Sdn Bhd (Daikin) menawarkan perkhidmatan pemeriksaan penyaman udara percuma.

Syarikat penyaman udara terkemuka Jepun itu memaklumkan pihaknya turut menawarkan caj buruh percuma untuk baik pulih serta potongan separuh harga bagi kos alat ganti. https://selangorkini.my/2025/04/daikin-tawar-khidmat-baiki-penyaman-udara-percuma-kepada-mangsa-tragedi-putra-heights/

7. Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) beri sokongan moral kepada mangsa di PPS

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Mohamad berkata kehadiran bersama Persatuan Taska Selangor bertujuan memberi kata semangat selain meendengar luahan mangsa. https://selangorkini.my/2025/04/pekawanis-santuni-mangsa-putra-heights-beri-kata-semangat-sokongan-moral/

8. Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) buka kaunter di PPS

LPM membuka kaunter untuk memudahkan urrusan permohonan mangsa selepas dokumen penting mereka terbakar. https://selangorkini.my/2025/04/lembaga-peperiksaan-bantu-mangsa-putra-heights-dapatkan-sijil-pendidikan/

9. PPS Dewan Camelia ditutup malam ini, mangsa terima duit sewa, bakul makanan

Pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Camelia di Putra Heights ditutup 10 malam ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata PPS di Masjid Putra Heights pula dijangka ditutup hujung minggu ini atau selewatnya Isnin depan. https://selangorkini.my/2025/04/pps-dewan-camelia-ditutup-malam-ini-mangsa-terima-duit-sewa-bakul-makanan/

10. EXCO, ADN, penjawat awam negeri sumbang gaji kepada mangsa terjejas

Semua ahli majlis mesyuarat Kerajaan Negeri termasuk pegawai atasan menyumbang RM1,000 kepada Tabung Selangor Prihatin bagi membantu mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata turut membuat sumbangan daripada gaji bulan ini ialah Ahli Dewan Negeri (ADN) termasuk blok pembangkang berjumlah RM200 serta RM100 daripada setiap ahli majlis.

Pegawai pentadbiran awam Gred 48 ke atas juga menyumbang RM50 dan secara keseluruhan, anggota pentadbiran awam Kerajaan Negeri menyumbang RM102,050 kepada tabung berkenaan. https://selangorkini.my/2025/04/exco-adn-penjawat-awam-negeri-sumbang-gaji-kepada-mangsa-terjejas/

11. Agihan sumbangan kepada 469 mangsa Putra Heights selesai minggu ini

Fasa pertama agihan sumbangan segera kepada mangsa insiden letupan saluran gas minggu lalu dijangka selesai minggu ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata setakat ini 219 mangsa terkesan telah menerima bantuan itu yang mula diagih Isnin lalu manakala 250 lagi akan terima dalam minggu ini. https://selangorkini.my/2025/04/mb-agihan-sumbangan-kepada-469-mangsa-putra-heights-selesai-minggu-ini/

12. KPKT salur RM2 juta kepada MBSJ baik pulih infrastruktur

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peruntukan RM2 juta kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bagi membaiki infrastruktur awam di kawasan kebakaran saluran gas. https://selangorkini.my/2025/04/kpkt-salur-rm2-juta-kepada-mbsj-baik-pulih-infrastruktur-putra-heights/

13. 1,000 sukarelawan terlibat bersih kawasan terjejas hujung minggu ini

Seramai 1,000 sukarelawan dijangka terlibat dalam proses pembersihan dan gotong-royong di kawasan terjejaas hujung minggu ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri sedang menyusun gerak kerja bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memastikan setiap kediaman terjejas dapat dibersihkan. https://selangorkini.my/2025/04/1000-sukarelawan-terlibat-bersih-kawasan-terjejas-hujung-minggu-ini/

14. KPKT salur RM2 juta kepada MBSJ baik pulih infrastruktur Putra Heights

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peruntukan RM2 juta kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bagi membaiki infrastruktur awam di kawasan kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya. https://selangorkini.my/2025/04/kpkt-salur-rm2-juta-kepada-mbsj-baik-pulih-infrastruktur-putra-heights/

15. Sudut mainan di PPS Masjid Putra Heights ceriakan lebih 100 kanak-kanak

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights ceria dengan kewujudan sudut mainan ‘Toy Library’ khusus buat kanak-kanak yang ditempatkan di situ.

https://selangorkini.my/2025/04/sudut-mainan-di-pps-masjid-putra-heights-ceriakan-lebih-100-kanak-kanak/

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.