ad
AGENDA

PGB: Kebakaran Putra Heights jejas khidmat saluran paip zon tengah

8 Apr 2025, 8:46 AM
PGB: Kebakaran Putra Heights jejas khidmat saluran paip zon tengah

KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Petronas Gas Bhd (PGB) berkata insiden kebakaran di saluran paip gas utama di Putra Heights, berhampiran Puchong, Selangor menjejaskan perkhidmatan saluran paip di sekitar zon tengah.

Ia melibatkan kawasan termasuk Shah Alam, Klang, Puchong dan Batu Tiga iaitu kira-kira 7.0 peratus daripada jumlah isi padu komitmen penghantaran kepada pelanggannya.

Justeru, katanya, bagi menangani isu operasi dan sehingga operasi dapat diteruskan sepenuhnya, PGB akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dan syarikat pengangkutan dalam melaksanakan pelbagai langkah mitigasi bagi memastikan keselamatan bekalan serta pemulihan perkhidmatan saluran paipnya di kawasan terjejas.

“Syarikat ingin menjelaskan bahawa ia hanya boleh menyediakan maklumat kesan kewangan yang lengkap berhubung insiden itu selepas siasatan mengenainya selesai, yang dijangka pada Mei 2025,” kata PGB dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.