AGENDA

Premis gagal patuh larangan pamer produk rokok akan dikeluarkan surat amaran

8 Apr 2025, 6:51 AM
Premis gagal patuh larangan pamer produk rokok akan dikeluarkan surat amaran

PUTRAJAYA, 8 APRIL: Notifikasi ketidakpatuhan atau surat amaran akan dikeluarkan terhadap premis yang didapati gagal mematuhi Larangan Pameran Produk Rokok di kaunter jualan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penguatkuasaan secara berfasa sedang dijalankan pada masa ini sehingga 1 Oktober ini.

"Sekiranya berlaku ketidakpatuhan, KKM akan mengeluarkan notifikasi atau surat amaran kepada pihak terbabit," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan mesin mesin defibrilator luaran automatik (AED) di sini hari ini.

Dilaporkan lebih 51,000 kedai terlibat dalam larangan pamer produk rokok di kaunter jualan bermula 1 April lalu, selaras dengan Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Kawalan Penjualan) 2024.

Larangan itu berikutan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bersama-sama peraturan dan perintah yang berkaitan di bawahnya mulai 1 Oktober tahun lalu.

Akta 852 merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan dan larangan merokok di tempat awam.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.