AGENSI

Enam daerah di Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 1 tengah hari

7 Apr 2025, 3:15 AM
Enam daerah di Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 1 tengah hari

SHAH ALAM, 7 APRIL: Enam daerah di Selangor iaitu Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 1 tengah hari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan cuaca sama melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan seluruh Negeri Sembilan, Melaka serta beberapa daerah di Johor.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.