ad
AGENDA

Sebanyak 89 gegaran susulan di Myanmar tempoh 10 hari selepas gempa bumi kuat

6 Apr 2025, 9:42 AM
Sebanyak 89 gegaran susulan di Myanmar tempoh 10 hari selepas gempa bumi kuat

YANGON, 6 APRIL: Sebanyak 89 gegaran susulan direkodkan di Myanmar dalam tempoh 10 hari selepas negara itu dilanda gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter 28 Mac lalu, menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar, lapor Xinhua pada Ahad.

Gegaran susulan berukuran antara 2.8 hingga 7.5 magnitud, berlaku selepas gempa bumi dahsyat yang menggegarkan negara itu pada 12.51 tengah hari waktu tempatan.

-- BERNAMA-XINHUA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.