Oleh Aida Nyan
SHAH ALAM, 4 APRIL: Inisiatif Kerajaan Negeri menyediakan perkhidmatan bas percuma buat mahasiswa untuk kembali ke kampus masing-masing selepas Aidilfitri dipuji.
Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Muhammad Isyraf Johar, 20, berkata bantuan meringankan bebanya memandangkan harga tiket bas selalunya tinggi pada musim perayaan.
[caption id="attachment_694831" align="aligncenter" width="811"]
Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Isyraf Johar, 20, ditemui pada program Mahasiswa Pulang Ke kampus 2025 di Dataran SUK,Seksyen 14, Shah Alam pada 4 April 2025. Foto NUR FATIHAH HAMI/MEDIA SELANGOR.[/caption]
"Biasanya, kos tiket bas untuk kembali ke kampus boleh mencecah RM60 hingga RM80 terutama ketika musim perayaan. Dengan adanya bas percuma ini, ia amat meringankan beban kewangan kami.
"Saya harap inisiatif ini tidak terhad kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam sahaja, tetapi diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi swasta," katanya.
Muhammad Isyraf antara 464 mahasiswa dari IPT seluruh negara dihantar pulang ke kampus secara berperingkat selama dua hari mulai hari ini.
[caption id="attachment_694788" align="aligncenter" width="811"]
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melancarkan (flag-off) pada Program Mahasiswa Pulang Ke Kampus 2025 di Dataran SUK, Shah Alam pada 4 April 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR.[/caption]
Sebanyak 13 bas disediakan bagi program itu, dengan enam bas dilepaskan ke kawasan Pantai Timur hari ini, manakala tujuh lagi ke utara dan selatan esok.
Pelajar Kelestarian Alam Sekitar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Priyatharishini Manimaran, 23, yang pertama kali menyertai program ini berharap inisiatif berkenaan diperluas di masa depan.
[caption id="attachment_694832" align="aligncenter" width="809"]
Mahasiswi Priyatharishini Manimaran, bersama ibu, Sumathi T Andy dan ayah, Manimaran V Muniandy ketika ditemui pada program Mahasiswa Pulang Ke kampus 2025 di Dataran SUK, Seksyen 14, Shah Alam pada 4 April 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR.[/caption]
"Saya harap program ini boleh diperluas pada musim perayaan lain seperti Deepavali dan bukan sahaja Aidilfitri," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Mahasiswa Selangor Aliff Aiman Norazlan, 23, pula menyifatkan program ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan mahasiswa Selangor.
[caption id="attachment_694830" align="aligncenter" width="810"]
Presiden Persatuan Mahasiswa Selangor Alif Aiman Nurazlan, 23, ditemui pada program Mahasiswa Pulang Ke kampus 2025 di Dataran SUK, Seksyen 14, Shah Alam pada 4 April 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR.[/caption]
"Inisiatif ini bukan sahaja meringankan kos perjalanan, tetapi juga menunjukkan hubungan erat antara kerajaan negeri dan golongan mahasiswa.
"Saya berharap program ini dapat diperluaskan sebagai acara tahunan dan bukan hanya terhad kepada musim perayaan, tetapi juga ketika cuti semester," katanya.
[caption id="attachment_694787" align="aligncenter" width="814"]
Seorang pelajar memasukkan beg ke dalam bas pada program Mahasiswa Pulang Ke Kampus 2025 di Dataran SUK, Shah Alam pada 4 April 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR.[/caption]








