AGENDA

JPJ sedia perkhidmatan percuma ganti lesen memandu, sijil pemilikan kenderaan

3 Apr 2025, 4:01 AM
JPJ sedia perkhidmatan percuma ganti lesen memandu, sijil pemilikan kenderaan
JPJ sedia perkhidmatan percuma ganti lesen memandu, sijil pemilikan kenderaan
JPJ sedia perkhidmatan percuma ganti lesen memandu, sijil pemilikan kenderaan
JPJ sedia perkhidmatan percuma ganti lesen memandu, sijil pemilikan kenderaan
JPJ sedia perkhidmatan percuma ganti lesen memandu, sijil pemilikan kenderaan

SUBANG JAYA, 3 APRIL: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyediakan perkhidmatan percuma gantian lesen memandu kepada mangsa insiden kebakaran saluran paip gas Jalan Putra Harmoni Putra Heights, di sini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perkhidmatan lain termasuk gantian Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan gantian Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).

Katanya perkhidmatan disediakan bermula hari ini hingga esok di Masjid Putra Heights di sini dan akan dilanjutkan mengikut keperluan.

“Ini untuk memudahcara mangsa mencetak semula dokumen penting mereka. Selain itu dengan Jabatan Pendaftaran Negara turut menyediakan kaunter untuk kad pengenalan, sijil lahir dan sebagainya.

“Sijil pemilikan kenderaan antara dokumen penting untuk kegunaan tuntutan insurans mereka. Semua dokumen ini boleh dicetak secara percuma tanpa apa-apa karenah birokrasi dan tidak memerlukan laporan polis sebagaimana prosedur biasa.

“Mereka hanya perlu memberikan nama dan nombor kad pengenalan dan semua dokumen itu boleh dicetak secara percuma,” katanya selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights di sini, hari ini.

[caption id="attachment_694621" align="aligncenter" width="700"] Menteri Pengangkutan Anthony Loke bercakap kepada media selepas menyantuni mangsa kebakaran paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada 3 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Selain itu, turut disediakan khidmat nasihat berkaitan insurans tidak boleh digunakan (total lost) atau melebihi pembaikan ekonomi (Beyond Economic Repair) oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan agensi berkaitan.

Beliau turut memaklumkan bagi memudahkan pergerakan mangsa dari PPS ke kawasan sekitar, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) turut menyediakan enam perkhidmatan van Rapid KL On-Demand secara percuma kepada mangsa.

“Apabila mereka dibenarkan untuk pulang mengambil barang dan sebagainya kenderaan ini boleh mengangkut mereka. Selain itu, van ini juga boleh bergerak ke stesen LRT ataupun tempat yang mereka perlu untuk membeli barang keperluan,” katanya.

Setakat jam 8 pagi tadi, seramai 311 mangsa daripada 84 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights di sini yang dibuka sejak 1 April lalu.

Media melaporkan sebanyak 20 agensi akan memulakan siasatan dan pemeriksaan tahap keselamatan di lokasi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, setakat semalam.

Antaranya ialah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Kerja Raya, pihak berkuasa tempatan serta pejabat daerah di kawasan terlibat.

[caption id="attachment_694622" align="aligncenter" width="700"] Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyantuni mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada 3 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_694624" align="aligncenter" width="700"] Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyantuni mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada 3 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_694632" align="aligncenter" width="700"] Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyantuni mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada 3 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]