AGENDA

Ramalan hujan lebat di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak hingga 1 pagi

30 Mac 2025, 2:35 PM
Ramalan hujan lebat di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak hingga 1 pagi
Ramalan hujan lebat di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 30 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda  daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Gombak di hingga 1 pagi.

Amaran hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka berlaku melibatkan beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_694110" align="aligncenter" width="678"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.