AGENDA

Amaran hujan di KL, Hulu Langat hingga 7 malam

30 Mac 2025, 8:58 AM
Amaran hujan di KL, Hulu Langat hingga 7 malam
Amaran hujan di KL, Hulu Langat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 30 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda  Kuala Lumpur dan daerah Hulu Langat di Selangor hingga 7 malam.

Amaran hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka berlaku melibatkan beberapa daerah di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_694030" align="aligncenter" width="658"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]