AGENDA

Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 2 pagi

29 Mac 2025, 3:20 PM
Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 2 pagi
Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 2 pagi

SHAH ALAM, 29 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda  tiga daerah negeri ini iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat  hingga 2 pagi.

Amaran hujan lebat disertai ribut petir juga diramal berlaku melibatkan beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_693942" align="aligncenter" width="645"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]