ad
AGENDA

Anwar kunjungi Festival Ramadan Selangor, bertanya khabar peniaga, pengunjung

28 Mac 2025, 8:46 AM
Anwar kunjungi Festival Ramadan Selangor, bertanya khabar peniaga, pengunjung
Anwar kunjungi Festival Ramadan Selangor, bertanya khabar peniaga, pengunjung
Anwar kunjungi Festival Ramadan Selangor, bertanya khabar peniaga, pengunjung
Anwar kunjungi Festival Ramadan Selangor, bertanya khabar peniaga, pengunjung
Anwar kunjungi Festival Ramadan Selangor, bertanya khabar peniaga, pengunjung

Oleh Rafiqah Rauf

SHAH ALAM, 28 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa mengunjungi Festival Ramadan Selangor (FESTIRA) 2025 di Kompleks PKNS di sini, hari ini.

Turut mengiringi beliau, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan EXCO  Keusahawanan Najwan Halimi.

Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau suasana kompleks, berinteraksi dengan peniaga serta para pengunjung.

Selain mengunjungi ruang niaga FESTIRA, beliau juga pergi ke beberapa kedai yang telah lama bertapak di Kompleks PKNS itu antaranya kedai emas DNA GEMS dan Restoran F.C.

Kompleks PKNS antara lokasi tumpuan orang ramai mendapatkan keperluan sempena musim perayaan.

FESTIRA 2025 yang bermula sejak 11 Februari sehingga 30 Mac ini menawarkan sebanyak 399 rerurai jualan dengan penglibatan 1,013 usahawan di empat lokasi iaitu di Kompleks PKNS, SACC Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi dan Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Festival itu dianjur bertujuan menyokong agenda Kerajaan Negeri dalam usaha membantu peniaga kecil menjana pendapatan.

[caption id="attachment_693654" align="aligncenter" width="700"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau persiapan orang ramai menyambut hari raya di Festival Ramadan Selangor (FESTIRA) 2025 di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 28 Mac 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR.[/caption]

[caption id="attachment_693650" align="aligncenter" width="700"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari meninjau persiapan orang ramai menyambut hari raya di Festival Ramadan Selangor (FESTIRA) 2025 di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 28 Mac 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR.[/caption]

[caption id="attachment_693649" align="aligncenter" width="700"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari meninjau persiapan orang ramai menyambut hari raya di Festival Ramadan Selangor (FESTIRA) 2025 di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 28 Mac 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR.[/caption]

[caption id="attachment_693651" align="aligncenter" width="700"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari meninjau persiapan orang ramai menyambut hari raya di Festival Ramadan Selangor (FESTIRA) 2025 di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 28 Mac 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR.[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.