ad
AGENDA

Solidariti Palestin: Mapim himpun pemimpin politik, NGO kutuk genosid Israel di Gaza

23 Mac 2025, 8:30 AM
Solidariti Palestin: Mapim himpun pemimpin politik, NGO kutuk genosid Israel di Gaza
Solidariti Palestin: Mapim himpun pemimpin politik, NGO kutuk genosid Israel di Gaza
Solidariti Palestin: Mapim himpun pemimpin politik, NGO kutuk genosid Israel di Gaza
Solidariti Palestin: Mapim himpun pemimpin politik, NGO kutuk genosid Israel di Gaza
Solidariti Palestin: Mapim himpun pemimpin politik, NGO kutuk genosid Israel di Gaza

SHAH ALAM, 23 MAC: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini menghimpunkan pemimpin dari pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin.

Pengarah program berkata himpunan bertujuan mengutuk kekejaman perang genosid Israel ke atas Semenanjung Gaza yang terus mengorbankan nyawa orang awam termasuk lapan petugas kemanusiaan Mapim.

[caption id="attachment_692916" align="aligncenter" width="812"] Pengarah Himpunan parti politik Malaysia bersama NGO bersolidariti untuk Palestin Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berucap ketika himpunan berkenaan di Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri di Shah Alam pada 23 Mac 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Terbaharu lapan ahli Mapim gugur syahid akibat diserang. Jadi kita anjurkan perhimpunan parti politik se-Malaysia bersama NGO untuk bangkitkan semula isu kekejaman Israel ini

“Sebab kita nampak isu Palestin ini ada kebersamaan mana-mana parti. Jadi ini sebagai permulaan kita himpukan semua. Kita buka jalan untuk semua pemimpin politik bersatu bersuara isu Gaza,” kata Fakrulrazi Mohd Mokhtar.

Berlangsung di Dewan Jubli Perak bangunan pentadbiran negeri di sini, program dihadiri Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al Quds Malaysia Dr Sharif Abushammala.

Antara kepimpinan politik yang hadir termasuklah Ahli Parlimen Shah Alam Mohd Azli Yusof, Sekretariat Solidariti Palestin yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan Presiden Parti Pejuang Tanah Air Datuk Seri Mukhri Mahathir.

Sementara itu, Mohd Azmi mensasar kutipan dana berjumlah RM1.4 juta daripada parti-parti politik negara untuk membantu rakyat Palestin.

[caption id="attachment_692918" align="aligncenter" width="803"] Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid berucap ketika Himpunan parti politik Malaysia bersama NGO bersolidariti untuk Palestin di Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri di Shah Alam pada 23 Mac 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kita mensasarkan untuk mengumpul RM1.4 juta iaitu RM100,000 bagi setiap parti, saya akan bertemu dengan setiap presiden parti ini secara peribadi untuk menyatakan cadangan dan hasrat Mapim.

“RM100,000 sepatutnya mereka boleh buat (bagi) dan kita kena hantar wang itu pada Ramadan yang berbaki beberapa hari saja lagi,” katanya.

Pada 15 Mac, lapan petugas kemanusiaan Mapim terbunuh dalam serangan udara oleh tentera Israel di Beit Lahiya, utara Gaza.

Serangan berlaku sekitar jam 1.30 petang waktu tempatan ketika mereka sedang mendirikan khemah bagi menempatkan keluarga pelarian akibat konflik berterusan di wilayah tersebut.

[caption id="attachment_692921" align="aligncenter" width="770"] Peserta himpunan parti politik Malaysia bersama NGO mengibarkan bendera Palestin tanda bersolidariti untuk negara itu di Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri di Shah Alam pada 23 Mac 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_692922" align="aligncenter" width="812"] Antara peserta Himpunan parti politik Malaysia bersama NGO bersolidariti untuk Palestin di Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri di Shah Alam pada 23 Mac 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.