ad
AGENDA

PM umum bantuan khas raya RM250 kepada guru Kafa, imam

21 Mac 2025, 12:22 PM
PM umum bantuan khas raya RM250 kepada guru Kafa, imam

CHUKAI, 21 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM250 kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut di negara ini.

Beliau berkata bantuan itu akan dibayar minggu depan membabitkan 70,000 penerima dengan peruntukan RM17 juta.

“Tadi saya umumkan BKK Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam. Ini termasuk (BKK sebanyak RM250 kepada) veteran tentera yang berpencen dan tidak berpencen serta pesara.

“Malam ini saya nak tambah kepada guru Kafa, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Terengganu di pekarangan Masjid Sultan Ahmad di sini malam.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan bersetuju memberikan bantuan itu sebagai menghargai sumbangan besar golongan tersebut.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.