AGENDA

KL, lima daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 10 malam

20 Mac 2025, 11:17 AM
KL, lima daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 10 malam
KL, lima daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 10 malam

SHAH ALAM, 20 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 10 malam.

Amaran sama dikeluarkan melibatkan Kuala Lumpur, Labuan dan Melaka selain beberapa daerah di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_692470" align="aligncenter" width="626"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]