ad
AGENDA

Tentera Israel serang Gaza, pengeboman, kematian dilapor

18 Mac 2025, 2:26 AM
Tentera Israel serang Gaza, pengeboman, kematian dilapor

WASHINGTON, 18 MAC: Tentera Israel hari in mendakwa pihaknya melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

"Berpandukan arahan daripada pihak atasan, IDF (Pasukan Pertahanan Israel) dan Shin Bet kini melancarkan serangan besar-besaran terhadap sasaran Hamas di seluruh Semenanjung Gaza," kata jurucakap tentera, Avichay Adraee dalam hantaran di platform X.

Media tempatan, memetik Perkhidmatan Kecemasan Awam Palestin melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 110 orang termasuk kanak-kanak terbunuh.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz mengarahkan tentera untuk mengambil tindakan tegas terhadap Hamas di Gaza.

Israel mendakwa tindakan itu diambil susulan keengganan Hamas membebaskan tawanan serta penolakan terhadap semua cadangan yang dikemukakan oleh wakil khas Presiden AS Steve Witkoff dan perantara.

- BERNAMA-ANADOLU

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.