AGENDA

Lelaki hilang tiga hari ditemukan maut dalam longkang

16 Mac 2025, 3:05 AM
Lelaki hilang tiga hari ditemukan maut dalam longkang

IPOH, 16 MAC: Seorang lelaki berumur 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut di dalam longkang di Jalan Kampar-Tapah, berhadapan sebuah kawasan perkuburan di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada 1.25 pagi.

“Mayat dijumpai di dalam longkang sedalam 1.2 meter itu bersama dengan motosikal jenis SYM milik lelaki itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata tujuh anggota bomba terlibat dalam operasi mengeluarkan mayat itu, yang kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.