SHAH ALAM, 14 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 4 petang.
Agensi itu mengeluarkan amaran sama melibatkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak
Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
[caption id="attachment_691477" align="aligncenter" width="666"]
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]


