OLEH MUHAMMAD REY HAZRIELL
SHAH ALAM, 13 MAC: Seramai 50 penerima dalam kalangan anak Orang Asli dan asnaf berumur 7 hingga 17 tahun diraikan dalam program sumbangan baju raya anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Pemangku Timbalan Setiausaha Pengurusan MBSA Norhisham Mohammad memaklumkan setiap penerima diberi peluang memilih sendiri warna baju Melayu dan baju kurung yang berharga RM200.
[caption id="attachment_691343" align="alignleft" width="355"]
Muhammad Azzrin Hanafi, 16, menerima bantuan kelengkapan baju raya dalam program anjuran MBSA di Butik KHATAM Eco Ardence, Seksyen U12 Shah Alam pada 13 Mac 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR[/caption]
"Program ini menjadi komitmen berterusan MBSA untuk memperkukuhkan hubungan antara masyarakat bandar dan komuniti luar bandar terutamanya Orang Asli dan golongan B40.
"Ini bukan sahaja memberi kegembiraan kepada mereka tetapi juga mewujudkan rasa kasih sayang dan perpaduan antara masyarakat," katanya.
Penerima sumbangan Muhammad Azzrin Hanafi, 16, yang juga anak Orang Asli berkata dia teruja apabila diberitahu akan dibawa membeli kelengkapan baju raya.
[caption id="attachment_691344" align="alignright" width="355"]
Hasyrat, 10, menerima bantuan kelengkapan baju raya dalam program anjuran MBSA di Butik KHATAM Eco Ardence, Seksyen U12 Shah Alam pada 13 Mac 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR[/caption]
"Saya hanya pernah memakai baju raya sebanyak dua kali sahaja. Saya sangat gembira mendapat tajaan ini kerana ini kali ketiga saya memakai baju raya untuk menyambut Aidilfitri," katanya.
Hasryat, 10, mengucapkan syukur kerana berpeluang memilih sendiri kelengkapan hari raya pada tahun ini.
"Setiap kanak-kanak sudah tentu mengimpikan baju baharu menjelang hari raya. Alhamdulillah impian saya tercapai. Hari ini saya dan kawan-kawan sangat gembira berjalan pilih warna baju kegemaran," katanya.


