AGENDA

Mangsa bah Sabah berkurang kepada 1,830 orang takat 8 pagi

13 Mac 2025, 2:51 AM
Mangsa bah Sabah berkurang kepada 1,830 orang takat 8 pagi

KOTA KINABALU, 13 MAC: Jumlah mangsa yang berlindung di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah berkurangan kepada 1,830 orang daripada 657 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 2,308 orang daripada 803 keluarga 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, Beaufort mencatatkan 1,343 mangsa daripada 450 keluarga di enam PPS, manakala Tenom 466 orang daripada 200 keluarga di enam PPS dan Membakut 21 orang daripada tujuh keluarga di sebuah PPS.

“Sebanyak 40 kampung masih terjejas akibat banjir iaitu 20 di Tenom dan masing-masing 10 di Beaufort dan Membakut,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.