AGENDA

PM hulur sumbangan kepada warga emas hilang penglihatan, sebelah kaki

10 Mac 2025, 12:03 PM
PM hulur sumbangan kepada warga emas hilang penglihatan, sebelah kaki

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang wanita cekal, Seripah Awang Bakar, yang diuji dengan masalah saraf mata dan kehilangan sebelah kaki akibat komplikasi kesihatan.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menziarah wanita itu di Jalan Masjid Balok, Kuantan, Pahang.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Farhan berkata walaupun bantuan itu tidak mampu menghilangkan segala beban Seripah, namun beliau berharap ia dapat memberi sedikit kelegaan kepadanya.

"Walaupun dunia semakin pudar dan langkah semakin terbatas, semangat beliau tetap teguh menghadapi ujian hidup," katanya dalam hantaran yang turut dikongsikan Anwar.

Ahmad Farhan turut mendoakan agar Seripah diberikan kesihatan yang lebih baik, dipermudahkan segala urusan, dan terus dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.