ad
AGENDA

PM puji prestasi LHDN, optimistik tingkat hasil masa depan

10 Mac 2025, 4:37 AM
PM puji prestasi LHDN, optimistik tingkat hasil masa depan

CYBERJAYA, 10 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan prestasi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di samping memuji pencapaian serta pelaksanaan sistem baharu agensi itu yang telah meningkatkan kecekapannya.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata beliau optimistik dan sangat kagum dengan prestasi LHDN sejak beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya tahun lepas.

“Saya berpandangan ini lebih tersusun dan berstruktur, dan instrumen baharu telah diperkenalkan seperti e-Invois, yang telah membantu,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari HASiL ke-29 di sini, Isnin.

Beliau juga yakin dengan tahap standard dan disiplin semasa, LHDN akan dapat meningkatkan lagi prestasinya dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

“Jika LHDN mengekalkan standard dan disiplin sedemikian, mereka akan dapat menyumbang lebih banyak,” kata beliau.

Pada 2024, kutipan cukai langsung Malaysia berjumlah RM184.805 bilion, menandakan peningkatan sebanyak RM1.465 bilion daripada RM183.34 bilion yang dikutip pada 2023.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.