ad
AGENSI

Majlis ilmu, buka puasa Jais satukan hati, erat hubungan umat Islam

9 Mac 2025, 12:16 PM
Majlis ilmu, buka puasa Jais satukan hati, erat hubungan umat Islam
Majlis ilmu, buka puasa Jais satukan hati, erat hubungan umat Islam
Majlis ilmu, buka puasa Jais satukan hati, erat hubungan umat Islam

Oleh Ufairah Tarmidzi

SHAH ALAM, 9 MAC: Program Tausiah dan Kongsi Barakah Iftar Ramadan 2025 anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Dataran Kemerdekaan di sini semalam mengeratkan silaturahim umat Islam.

Pekerja swasta, Siti Norsyamim Mohd Azharin, 33, berkata dia teruja kali pertama merasa pengalaman berbuka puasa beramai-ramai menerusi program itu.

“Saya sangat teruja kerana ini pertama kali saya datang dengan anak dan ini merupakan pengalaman baru buat kami.

[caption id="attachment_690775" align="aligncenter" width="678"] Orang ramai yang mengikuti Program Tausiah dan Kongsi Barakah Iftar Ramadan 2025 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 8 Mac 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

“Selain dapat berbuka puasa di luar, program ini juga mengeratkan lagi silaturrahim sesama keluarga dan kawan-kawan,” katanya kepada Media Selangor.

Berkongsi pengalaman yang sama, pemandu e-panggilan, Mohd Syamir Samat, 41, berkata program ini secara tidak langsung dapat mengumpulkan ahli keluarganya yang jauh untuk berbuka puasa bersama ibu dan bapa mereka.

“Sebenarnya, agak susah untuk kami adik-beradik berkumpul bersama dengan ibu bapa memandangkan masing-masing duduk berjauhan.

“Bila adanya program ini, kami sekeluarga juga dapat menimba ilmu dari ustaz yang hadir memberikan ceramah kepada para pengunjung,” katanya.

[caption id="attachment_690777" align="aligncenter" width="674"] Imam Muda Hassan menyampaikan ceramah bertajuk “Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan” ketika Program Tausiah dan Kongsi Barakah Iftar Ramadan 2025 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 8 Mac 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Sementara suri rumah, Norsyavina Razali, 38, pula berkata, tahun ini merupakan tahun ke tujuh beliau hadir bersama suami dan dua anaknya untuk berbuka puasa bersama di situ.

“Saya rasa seronok sebab daripada kita berbuka puasa bersama keluarga di rumah, kita dapat merasai berbuka puasa beramai-ramai.

“Bagi mereka yang tidak sempat untuk membeli juadah berbuka atas tuntutan kerja, mereka juga boleh hadir ke sini sekali gus dapat mengelakkan pembaziran makanan berlaku,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.