AGENDA

Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 9 malam

7 Mac 2025, 10:42 AM
Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 9 malam
Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 7 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 9 malam ini.

Menurut MetMalaysia, keadaan sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur serta beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.