ad
AGENSI

PKNS agih 4,500 bubur lambuk percuma sepanjang Ramadan

7 Mac 2025, 2:36 AM
PKNS agih 4,500 bubur lambuk percuma sepanjang Ramadan
PKNS agih 4,500 bubur lambuk percuma sepanjang Ramadan
PKNS agih 4,500 bubur lambuk percuma sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 7 MAC: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengagihkan sebanyak 4,500 bubur lambuk Kampung Baru secara percuma sepanjang Ramadan ini.

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat, Sapna Turmidi berkata agihan itu dilakukan dalam beberapa fasa di tiga lokasi berbeza, lapor Sinar Harian.

[caption id="attachment_690329" align="aligncenter" width="691"] Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat, Sapna Turmidi mengagihkan bubur lambuk percuma kepada orang ramai di Kompleks PKNS Shah Alam pada 4 Mac 2025. Foto Facebook Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor[/caption]

"Pada 12 Mac, kami akan agihkan bubur lambuk di Evo Mall, Bandar Baru Bangi manakala pada 20 Mac pula di pusat beli-belah Datum Jelatek, Kuala Lumpur.

“Ia bukan sahaja menyemarakkan semangat berkongsi rezeki tetapi sebagai tanda penghargaan PKNS kepada komuniti di mana pada tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Bubur Lambuk Kasih PKNS di Kompleks PKNS Shah Alam, pada 4 Mac.

Pada majlis itu beliau mengagihkan 1,000 bubur lambuk kepada kakitangan PKNS dan 500 kepada orang ramai.

Mengulas lanjut, Sapna berkata sebanyak RM37,000 diperuntukkan untuk program yang menjadi tradisi tahunan perbadanan itu sejak 20 tahun.

Dalam pada itu, menurut Sapna, PKNS turut menyampaikan sumbangan Bakul Ramadan Kasih bernilai RM10,000 kepada Asnaf Mualaf Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Putra yang memanfaatkan 50 keluarga.

[caption id="attachment_690327" align="aligncenter" width="696"] PKNS turut menyampaikan sumbangan Bakul Ramadan Kasih bernilai RM10,000 kepada Asnaf Mualaf Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Putra pada 4 Mac 2025. Foto Facebook Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.