KUALA SELANGOR, 6 MAC: Tapak pembuangan sampah haram dikesan beroperasi di tanah milik persendirian di Jalan Bukit Cerakah di sini.
Berkeluasan 52 ekar, aktiviti pembuangan sampah haram itu dikesan berlaku sejak 2012 dan beroperasi biarpun pelbagai notis dikeluarkan termasuk notis 7A (untuk memulihkan pelanggaran syarat).
Setiausaha Kerajaan Selangor Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata pihak bertanggungjawab menerima banyak aduan daripada penduduk berkaitan aktiviti pembuangan sampah haram itu.
“68 lot adalah hak milik persendirian hanya sedikit sahaja tanah kerajaan. Pihak tidak bertanggungjawab ini membuang pelbagai jenis sampah termasuk sisa binaan dan plastik.
[caption id="attachment_690244" align="alignleft" width="500"] Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato' Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin bercakap kepada Media Selangor selepas lawatan kerja ke tapak pembuangan sampah haram di Galeri Eco Grandeur, Kuala Selangor pada 6 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Tindakan telah diambil termasuk menutup pintu masuk, rondaan, operasi statik anggota penguat kuasa selain notis juga sudah diserahkan tetapi masih ada pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah di kawasan ini,” katanya kepada SelangorKini.
Berikutan tindakan dikenakan masih tidak menyelesaikan isu, beliau menjelaskan Kerajaan Negeri akan mengambil beberapa penyelesaian tegas bagi menghentikan aktiviti yang boleh membawa kepada pencemaran.
“Tapak pembuangan sampah haram ini bersebelahan dengan sungai, bila-bila masa sahaja boleh berlaku pencemaran. Kita telah adakan perbincangan dengan semua agensi supaya tindakan tegas untuk jangka masa panjang dapat dilaksana.
“Kita tidak menolak kemungkinan tanah yang dikenal pasti terlibat dalam aktiviti ini akan dirampas, pengusaha serta pemilik tanah yang bersubahat juga boleh dikenakan tindakan undang-undang,” ujarnya.
Beliau berkata, tindakan dikenakan adalah bagi memastikan kebersihan, kesihatan awam dan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[caption id="attachment_690245" align="aligncenter" width="959"] Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato' Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin melihat pelan tapak pembuangan sampah haram ketika lawatan kerja ke tapak pelupusan sampah di Jalan Bukit Cerakah, Kuala Selangor pada 6 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_690246" align="aligncenter" width="1059"] Penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) meninjau tapak pembuangan sampah haram di Jalan Bukit Cerakah, Kuala Selangor pada 6 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]