AGENDA

Amaran hujan lebat di KL, Selangor hingga 1 pagi

5 Mac 2025, 1:45 PM
Amaran hujan lebat di KL, Selangor hingga 1 pagi
Amaran hujan lebat di KL, Selangor hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 5 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 1 pagi.

Amaran sama dikeluarkan melibatkan Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Labuan selain beberapa kawasan di Kedah, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_690151" align="aligncenter" width="669"] oto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]