AGENDA

KL, Selangor diramal hujan lebat hingga 7 malam

5 Mac 2025, 9:14 AM
KL, Selangor diramal hujan lebat hingga 7 malam
KL, Selangor diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 5 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 7 malam.

Cuaca sama diramal melanda seluruh Negeri Sembilan, Melaka dan Johor beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terangganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_690091" align="aligncenter" width="639"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]