AGENSI

Jualan Ehsan Rahmah dapat sambutan, kakitangan negeri ambil peluang belanja barangan dapur

4 Mac 2025, 12:17 PM
Jualan Ehsan Rahmah dapat sambutan, kakitangan negeri ambil peluang belanja barangan dapur
Jualan Ehsan Rahmah dapat sambutan, kakitangan negeri ambil peluang belanja barangan dapur
Jualan Ehsan Rahmah dapat sambutan, kakitangan negeri ambil peluang belanja barangan dapur
Jualan Ehsan Rahmah dapat sambutan, kakitangan negeri ambil peluang belanja barangan dapur
Jualan Ehsan Rahmah dapat sambutan, kakitangan negeri ambil peluang belanja barangan dapur
Jualan Ehsan Rahmah dapat sambutan, kakitangan negeri ambil peluang belanja barangan dapur
Jualan Ehsan Rahmah dapat sambutan, kakitangan negeri ambil peluang belanja barangan dapur
Jualan Ehsan Rahmah dapat sambutan, kakitangan negeri ambil peluang belanja barangan dapur
Jualan Ehsan Rahmah dapat sambutan, kakitangan negeri ambil peluang belanja barangan dapur

SHAH ALAM, 4 MAC: Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dianjur di pekarangan bangunan pentadbiran negeri (SUK) hari ini, mendapat sambutan menggalakkan daripada kakitangan kerajaan.

Meskipun kaunter hanya dibuka pada jam 3.15 petang, namun lebih 100 kakitangan sudah beratur bagi mendapat barangan keperluan.

Penyelia unit jualan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKPS) berkata pihaknya membawa semua produk JER termasuk 600 ekor ayam.

[caption id="attachment_689922" align="alignleft" width="384"] Penyelia Unit Jualan Mohd Farid Mustafa. Foto NUR FATIHAH/MEDIA SELANGOR.[/caption]

Jelas Mohd Farid Mustafa, kebanyakan kakitangan mendapatkan barangan basah seperti ayam, ikan dan daging selain minyak dan beras juga turut mendapat permintaan tinggi.

“Satu jam pertama, lebih 200 kakitangan SUK beratur sejak 2 petang. Mungkin mereka mahu mendapatkan bahan masakan untuk berbuka puasa dan bersahur.

“Untuk mudahkan mereka, ada juga khidmat potong ayam dengan bayaran RM2 seekor. Kerja memotong dikendalikan pihak luar,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu kakitangan jabatan agihan, Syafiqah Mohd Asri, 29, berkata beliau mengambil peluang mendapatkan bekalan serta keperluan Ramadan.

[caption id="attachment_689924" align="alignright" width="384"] Syafiqa Mohd Asri. Foto NUR FATIHAH/MEDIA SELANGOR.[/caption]

“Bila buat di SUK, lebih mudah untuk kami berbelanja. Senang untuk membeli malah semua harga ditawarkan murahz Sebelum ini JER juga pernah diadakan dan saya memang manfaatkannya,” katanya.

Bagi Mohd Erwan Ajim, 46, beliau mencadangkan PKPS untuk membuka banyak kaunter sekali gus mempercepatkan urusan jual beli.

“Boleh buka satu kaunter barang basah, satu barang kering. Ini jimatkan masa kerana kami terikat dengan waktu bekerja. Ada yang terpaksa bergilir dengan rakan-rakan untuk membeli keperluan,” katanya yang bekerja sebagai pemandu.

[caption id="attachment_689923" align="alignleft" width="384"] Mohd Erwan Ajim. Foto NUR FATIHAH/MEDIA SELANGOR[/caption]

JER bermula 3 petang selama dua jam itu menawarkan jualan tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM16.00) dan lampin bayi pakai buang (RM12).

Inisiatif jualan murah itu turut menawarkan ayam seekor (RM12), daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM13).

Sepanjang tahun ini, pentadbiran memperuntuk RM30 juta bagi pelaksanaan JER selain menyasarkan pembukaan 10 premis Ehsan Mart menjelang akhir tahun ini.

Setakat ini cawangan pasar raya tersebut telah beroperasi di Sungai Tua, Pandan Indah dan bakal dibuka di Hulu Kelang. Pasar raya kendalian PKPS itu menawarkan barangan asas pada harga 10 hingga 15 peratus lebih rendah daripada pasaran.

Ehsan Mart yang diwujudkan sebagai penambahbaikan program JER turut menyasarkan pembukaan di 56 kawasan DUN menjelang 2027.

[caption id="attachment_689917" align="aligncenter" width="700"] Pengunjung membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika Jualan Ehsan Rahmah di pekarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Seksyen 14, Shah Alam pada 4 Mac 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR.[/caption]

[caption id="attachment_689919" align="aligncenter" width="700"] Pengunjung membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika Jualan Ehsan Rahmah di pekarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Seksyen 14, Shah Alam pada 4 Mac 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR.[/caption]

[caption id="attachment_689926" align="aligncenter" width="700"] Pengunjung membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika Jualan Ehsan Rahmah di pekarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Seksyen 14, Shah Alam pada 4 Mac 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR.[/caption]

[caption id="attachment_689921" align="aligncenter" width="700"] Pengunjung membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika Jualan Ehsan Rahmah di pekarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Seksyen 14, Shah Alam pada 4 Mac 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR.[/caption]

[caption id="attachment_689918" align="aligncenter" width="700"] Pengunjung membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika Jualan Ehsan Rahmah di pekarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Seksyen 14, Shah Alam pada 4 Mac 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR.[/caption]