AGENDA

Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 413 orang takat 8 malam

28 Feb 2025, 1:25 PM
Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 413 orang takat 8 malam

KOTA KINABALU, 28 FEB: Jumlah mangsa banjir di daerah Telupid dan Paitan meningkat kepada 413 orang daripada 124 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 397 orang daripada 119 keluarga 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid dengan menempatkan 350 orang daripada 102 keluarga.

“Seramai 63 orang daripada 22 keluarga pula berlindung di dua PPS di Paitan,” menurut kenyataan itu.

Telupid dan Paitan terletak di kawasan pedalaman Sabah, masing-masing lebih 200 kilometer dan lebih 230 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.