AGENDA

Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat, 397 berlindung di pusat pemindahan

28 Feb 2025, 2:11 AM
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat, 397 berlindung di pusat pemindahan

KOTA KINABALU, 28 FEB: Jumlah mangsa banjir di daerah Telupid dan Paitan sedikit bertambah kepada 397 orang daripada 119 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 394 orang daripada 118 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid yang menempatkan 340 orang daripada 100 keluarga.

“Sebanyak 57 orang daripada 19 keluarga pula berlindung di dua PPS di Paitan.

“Trend pemindahan mangsa di Telupid dan Paitan kekal pagi ini,” menurut kenyataan itu.

Telupid dan Paitan terletak di kawasan pedalaman Sabah, masing-masing lebih 200 kilometer dan lebih 230 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.