AGENDA

KL, Gombak, Sepang antara lokasi diramal hujan lebat hingga 11 malam

23 Feb 2025, 12:41 PM
KL, Gombak, Sepang antara lokasi diramal hujan lebat hingga 11 malam
KL, Gombak, Sepang antara lokasi diramal hujan lebat hingga 11 malam

SHAH ALAM, 23 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 11 malam.

Amaran sama dikeluarkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya selain melibatkan beberapa daerah di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_688560" align="aligncenter" width="682"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.