AGENDA

Amaran hujan lebat, ribut petir di Klang hingga 1 pagi

22 Feb 2025, 2:40 PM
Amaran hujan lebat, ribut petir di Klang hingga 1 pagi
Amaran hujan lebat, ribut petir di Klang hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 22 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda daerah Klang di Selangor hingga 1 pagi.

Amaran sama di keluarkan melibatkan Pulau Pinang dan Labuan selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilann Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_688409" align="aligncenter" width="686"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]