AGENDA

Ismail Sabri terima rawatan di hospital, dalam keadaan stabil

22 Feb 2025, 8:12 AM
Ismail Sabri terima rawatan di hospital, dalam keadaan stabil

KUALA LUMPUR, 22 FEB: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dimasukkan ke hospital selepas pengsan di kediamannya awal pagi tadi.

Setiausaha Akhbar beliau Azran Fitri Abdul Rahim mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Ismail Sabri kini dalam keadaan stabil.

“Saya dimaklumkan Datuk Seri (Ismail Sabri) pengsan di rumahnya dan dibawa ke hospital kira-kira 2.30 pagi untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.