ad
AGENDA

Warga asing keluar modal hingga RM5,000 dapatkan kad pengenalan palsu

20 Feb 2025, 5:43 AM
Warga asing keluar modal hingga RM5,000 dapatkan kad pengenalan palsu

SHAH ALAM, 20 FEB: Permintaan kad pengenalan palsu daripada warga asing semakin tinggi terutama dalam kalangan mereka yang mahu bekerja dan tinggal di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata hasil risikan Jabatan Pendaftaran Negara mendapati penjualan dokumen pengenalan diri itu mencecah sehingga RM5,000 sekeping.

“Melalui hasil risikan JPN terdapat penawaran kad pengenalan palsu dibuat dengan harga sekitar RM4,000 hingga RM5,000. Kebanyakan daripada warganegara asing yang ingin mendapatkan pekerjaan atau menetap secara tidak sah.

“Berdasarkan hasil risikan tersebut, JPN giat menjalankan pemantauan dan melaksanakan kerjasama dengan pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin berhubung tindakan kerajaan dalam menangani sindiket pemalsuan kad pengenalan.

Sementara itu Shamsul berkata sebanyak 717 tangkapan dibuat sepanjang 2020 hingga tahun lalu berhubung kad pengenalan palsu dengan 320 darinya ditahan.

"Ia melibatkan kesalahan memilikli kad pengenalan palsu dan kad pengenalan orang lain. Dari segi penguatkuasaan kita mengambil tindakan tegas.

"Kita sedar bahawa teknologi berubah dan turut merubah kecekapan, kesilapan uga meningkat tetapi kita juga meningkatkan keupayaan untuk menangani segala perubahan berlaku," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.