AGENDA

KL, Gombak, Hulu Langat antara lokasi diramal hujan lebat hingga 10 malam

18 Feb 2025, 9:58 AM
KL, Gombak, Hulu Langat antara lokasi diramal hujan lebat hingga 10 malam
KL, Gombak, Hulu Langat antara lokasi diramal hujan lebat hingga 10 malam

SHAH ALAM, 18 FEB: Lima daerah di negeri ini iaitu Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 10 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran sama di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan selain beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_687716" align="aligncenter" width="688"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]