HULU LANGAT, 17 FEB: Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta Pendidkan 1996 pada sesi parlimen kali ini.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata cadangan pindaan itu untuk mewajibkan pendidikan sehingga peringkat sekolah menengah bagi memastikan semua warganegara Malaysia mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.
“Jadi kita berharap sebenarnya (pembentangan) berada dalam rangkuman sesi kali kini.
“KPM masih menunggu giliran, jika tidak sempat maknanya dibentang pada sesi akan datang,” katanya kepada pemberita.
[caption id="attachment_618369" align="aligncenter" width="1003"]
Zikir munajat dan bacaan mathurat ketika program Jelajah Tekad Pendidikan #KitaSelangor bersama pelajar SPM dan STPM Selangor 2023 di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Kuala Selangor pada 12 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]
Terdahulu, Fadhlina mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Semenyih di sini, bagi meninjau pembukaan sesi persekolahan bermula hari ini.
Hadir sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari; Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi serta Pengarah Pendidikan Negeri Selangor Dr Jafri Abu.
Pada masa sama, Fadhlina memberitahu pihaknya kini sedang melaksanakan proses libat urus bersama pihak berkepentingan untuk memastikan sokongan menyeluruh terhadap pindaan akta itu.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan 4.93 juta pelajar di seluruh negara memulakan sesi persekolahan 2025/2026 meliputi 2.83 juta murid sekolah rendah dan 2.09 juta pelajar sekolah menengah.


