AGENDA

KL, tiga daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 5 petang

17 Feb 2025, 6:21 AM
KL, tiga daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 5 petang
KL, tiga daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 17 FEB: Tiga daerah di negeri ini iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 5 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran sama di Kuala Lumpur selain beberapa daerah di Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_687458" align="aligncenter" width="690"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]