ad
AGENSI

Seramai 423 pelajar tingkatan satu terpilih program Yayasan Selangor, terima biasiswa

17 Feb 2025, 6:00 AM
Seramai 423 pelajar tingkatan satu terpilih program Yayasan Selangor, terima biasiswa
Seramai 423 pelajar tingkatan satu terpilih program Yayasan Selangor, terima biasiswa
Seramai 423 pelajar tingkatan satu terpilih program Yayasan Selangor, terima biasiswa

SHAH ALAM, 17 FEB: Seramai 423 pelajar tingkatan satu di negeri ini dipilih mengikuti program Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia–Yayasan Selangor (RKPYS) bagi sesi persekolahan 2025/2026.

Yayasan Selangor (YS) memaklumkan semua pelajar itu ditempatkan di 27 sekolah tajaan antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tiga Bangi, SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur (KL) dan Victoria Institution Kuala Lumpur.

“YS menerima 3,076 permohonan sepanjang 4 hingga 19 November 2024 yang mahu ikuti program ini, manakala semakan keputusan dibuka pada 20 hingga 30 Januari lalu telah menyenaraikan 423 pelajar terpilih.

“Pelajar yang terpilih adalah daripada keluarga berpendapatan rendah iaitu bawah RM2,000 dan mendapat sekurang-kurangnya gred TP 3 dalam semua mata pelajaran pentaksiran bilik darjah tahun 6 di sekolah rendah,” maklumnya menerusi kenyataan.

YS memaklumkan RKPYS mula dilaksana sejak tahun 1971 dengan menyasarkan pelajar berpotensi dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Jelasnya, semua pelajar berkenaan akan mendapat keistimewaan seperti kemudahan asrama, biasiswa, kelas bimbingan, program kecemerlangan akademik dan pembangunan kendiri selain mengikut ketetapan yang digariskan Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Pendaftaran murid yang ditempatkan di asrama pusat YS iaitu Asrama YS Klang dan Asrama YS Sabak Bernam telah dijalankan pada 13 dan 16 Februari lalu.

“YS turut melantik seorang guru penyelaras bagi memantau pencapaian dan kebajikan pelajar di setiap sekolah tajaan,” katanya.

[caption id="attachment_687432" align="aligncenter" width="400"] Ibu bapa dan pelajar tingkatan satu menghadiri sesi pendaftaran di Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB) pada 16 Februari 2025. Foto Facebook Yayasan Selangor[/caption]

[caption id="attachment_687433" align="aligncenter" width="400"] Ibu bapa dan pelajar tingkatan satu menghadiri sesi pendaftaran di Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB) pada 16 Februari 2025. Foto Facebook Yayasan Selangor[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.