AGENDA

Warga emas ditemukan lemas, anak saudara masih hilang selepas keluar memukat

16 Feb 2025, 12:59 PM
Warga emas ditemukan lemas, anak saudara masih hilang selepas keluar memukat

LIMBANG, 16 FEB: Seorang lelaki warga emas yang keluar memukat ikan bersama seorang anak saudara lelakinya tengah hari semalam, ditemukan meningggal dunia di tebing sungai berdekatan Kampung Pulau Brunei hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa Atin Isik, 62, ditemukan ahli keluarga pada 11.24 pagi.

Bagaimanapun anak saudaranya, Jordisone Jamit, 16, setakat ini masih belum ditemukan.

“Menurut maklumat keluarga, kedua-dua mereka keluar rumah untuk memukat ikan di sungai berdekatan Kampung Pulau Brunei pada 12 tengah hari Sabtu,” katanya dalam kenyataan ringkas petang ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mangsa tersebut pada 1.33 petang hari ini dan pasukan keluaran operasi (PKO) daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang telah digerakan ke lokasi yang jaraknya 70 kilometer.

Pasukan tersebut bersama penduduk kampung, kemudiannya meneruskan operasi mencari remaja tersebut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.