AGENDA

Klang, Sepang antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam

16 Feb 2025, 11:00 AM
Klang, Sepang antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 16 FEB: Lima daerah di negeri ini iaitu Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 9 malam

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran sama di Putrajaya selain beberapa daerah di Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.