SHAH ALAM, 16 FEB: Karnival Seni Budaya Bangsa anjuran Koperasi Anak Seni Malaysia Berhad meriah dengan kehadiran ratusan pengunjung malam tadi.
Berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, karnival menampilan artis tanah air antaranya Fauziah Latiff, Ani Mayuni dan Zaki Yamani bagi menghiburkan pengunjung.
Program bermula Jumaat hingga hari ini dengan kemasukan percuma itu turut menyajikan pelbagai kegiatan seni, permainan rakyat dan hiburan.
Selain jualan usahawan selebriti, program berkenaan turut melibatkan acara sukan rakyat selain aktivitii melastik, demontrasi memanah dan sukan berkuda.
Turut diadakan jualan Rahman yang menjual pelbagai keperluan dapur dengan harga murah antaranya minyak masak, beras dan tepung.
Untuk hari terakhir, karnival diisi dengan pelbagai lagi acara menarik termasuk demontrasi urutan trafisional, menyauk ikan serta jualan barangan antik.
Semalam penganjur turut memanggil Ustaz Dato’ Badlishah Alauddin bagi segmen ceramah perdana.
[caption id="attachment_687199" align="aligncenter" width="700"]
Penari cilik melakukan tarian sempena Karnival Seni Budaya Bangsa di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 15 Februari 2025. Foto REMY ARIFIN /MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_687200" align="aligncenter" width="700"]
Penari menghiburkan pengunjung ketika Karnival Seni Budaya Bangsa di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 15 Februari 2025. Foto REMY ARIFIN /MEDIA SELANGOR[/caption]


