AGENDA

Klang, Kuala Langat antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 10 pagi

15 Feb 2025, 12:52 AM
Klang, Kuala Langat antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 15 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat hingga 10 pagi.

Agensi itu memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Perak.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.