SHAH ALAM, 12 FEB: Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang antara daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 7 malam, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan Putrajaya dan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak turut dijangka alami cuaca sama.
Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.



